Friday 8 July 2011

Kucing Aneh, Berkaki Enam Dan Dua Kemaluan


BULUKUMBA - Seekor kucing di Bulukumba, Sulawesi Selatan, lahir dengan keadaan fizikal yang berbeza berbanding kucing yang lain. Tidak sekadar mempunyai dua alat kelamin, malah ia mempunyai enam kaki.

Dua kaki lebihan itu berada berdekat kaki belakang atau dekat dengan ekor. Dari tingkah lakunya, dua kaki itu kelihatan mengganggu aktiviti kebiasaan seekor kucing, terutama ketika berjalan. Cara berjalannya juga aneh, kucing ini terpaksa mengangkat bahagian belakang ketika berjalan normal. Kedua kaki tambahan tersebut tidak dapat digunakan untuk berjalan.

Tidak hanya itu, kucing ini juga memiliki alat kelamin jantan dan betina sehingga pemiliknya sendiri bingung ketika ditanya jenis jantina kucingnya.

Dadang, pemilik kucing mula mengetahui keanehan pada kucingnya selepas 2 bulan kelahirannya. Dia terkejut ketika melihat kucingnya tidak seperti empat saudaranya yang normal.

Pada mulanya dia hanya perasan kucing ini suka menyendiri dari saudaranya. Ketika kucing lain keluar rumah barulah kucing aneh ini berjalan di sekitar rumah.

Setiap kali makan, kucing aneh ini digorengkan ikan dan dihidangkan. Anehnya, kucing ini tidak mahu makan jika tidak disajikan ikan yang dimasak.

Kucing ini kini menjadi bualan penduduk di Kota Bulukumba. Ramai penduduk datang ke rumah Dadang di Jalan Jenderal Sudirman Bulukumba untuk melihat sendiri keanehan kucing ini.

2 Kali Disembelih, Namun Ayam Jantan Ini Tidak Mati






Bukan saja si pemilik ayam, penduduk di sekitar pun kecoh gara-gara kerana tidak percaya ayam ini masih hidup.

Hendra ketika ditemui di kediamannya, Rabu (13/4/2011) menceritakan, pada awalnya dia menyembelih ayam itu untuk dimakan pada Khamis 7 Mact lalu. Namun anehnya walaupun sudah disembelih hingga saluran tenggorok putus, ternyata ayam tersebut masih berdiri tegak.

Hendra kemudian menyembelih sekali lagi ayamnya untuk kali kedua. Ayam itu tidak juga mati.

Kini, Hendra yang mengaku mendapat ayam jantan itu dari saudaranya di Banjarmasin, Kalimantan Selatan 3 bulan lalu, tidak berani lagi menyembelih ayam tersebut dan membiarkannya hidup seperti biasa.

Anehnya, setiap hari ayam milik Hendra ini tetap mencari makan dan minum seperti biasa. Cuma makanan yang ditelan itu terus keluar dari saluran tenggorokan yang sudah terpotong.

Monday 4 July 2011

Wallpaper spectrum apakah itu ?


Siapa dekat sini ada yang minat colour spectrum ? Sila angkat tangan hehehe.... Kalau ada mari tengok , ni koleksi terbaik yang Fauzan boleh dapatkan . Jika anda mahu anda boleh jadikan ia sebagai wallpaper desktop untuk pc atau laptop agar ia lebih elegan dan menarik . Gambaran yang anda semua akan lihat adalah hasil terbai daripada beberapa orang art designer yang hebat . Selamat melihat .

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







Thursday 30 June 2011

Ada apa dengan Apple iPad 2 ?

Salam, guys.

Mungkin ramai yang tahu pasal iPad 2 ni kan ?


Terlebih dahulu, kepada pembenci Apple di luar sana, kalau 
korang ke entri ni untuk buat kecoh tak tentu pasal, dipersilakan main jauh-jauh. Tapi kalau korang pembenci 
Apple dan ke entri ni untuk berkongsi tentang kehebatan produk lain (pesaing iPad2) tanpa memburukkan produk Apple, anda memang dialu-alukan. Cubalah lebih professional dan tolong hormati minat orang lain. Kalau anda tak minat, mungkin orang lain minat. Jadi jangan merendah-rendahkan minat orang lain bagi memuaskan hati sendiri.


Sebelum tu, lihat gambar-gambar ini terlebih dahulu. Ianya berkaitan dengan artikel yang akan disampaikan ini. Tiada caption akan dikeluarkan sebab Fauzan rasa korang semua akan faham sendiri kot? Hehe......



Antara perbezaan paling ketara dari segi luaran kedua-dua peranti hebat ini adalah dia ketebalan. iPad2 ni memang amat nipis. Lebih nipis dari iPhone 4. Bila korang pegang rasa macam pegang buku sekolah macam masa kita sekolah dulu. Ala, yang warna coklat tu. Hehe. Nipis dan amat ringan. Memang jauh berbeza dengan iPad generasi pertama.
Perbezaan kedua yang paling ketara dari segi luaran adalah iPad2 mempunyai kamera depan dan belakang. Ini antara kelebihan iPad 2 yang membuatkan Khai rasa berbaloi untuk memilikinya. Memang kamera iPad 2 ni akan amat jarang kita guna. Tapi kalau korang adalah pengguna produk Apple, kelebihan kamera depan dan belakang ni membolehkan korang FaceTime dengan member yang lain (video call menggunakan WiFi dan Free).
Perbezaan ketiga, adalah speaker yang dialih dari bawah ke bahagian belakang. Dari segi bunyi, tidak banyak perbezaannya dari iPad yang lama. Kenapa dia alih speaker tu dari bawah ke bekalang semestinya bagi meminima'kan ketebalan pada iPad2 ini.
Satu lagi perbezaan adalah warna. Kalau iPad dulu hanya terdpat dalam warna hitam, iPad2 terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Khai beli putih kerana putih itukan lebih suci. Hehe. Kalau korang beli di Lowyat dan kedai tu kata warna putih mahal sikit dari hitam, tu maknanya dia tengah usaha nak menipu korang. Warna apa pun, harganya tetap sama. Jadi jangan tertipu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa Anda perlukan iPad 2 ?
1. Senang jika korang suka online di luar seperti di McDonald's, Old Town atau di mamak sekalipun. Ianya boleh diibarat seperti korang hanya membawa skrin laptop sahaja untuk online diluar. Memang ianya memudahkan korang. Khai memang seorang yang simple dan tak suka leceh-leceh. Jadi iPad2, memanglah sangat memuaskan hati. Kalau sebelum ni nak online kat luar kena bawak lappy, mouse (mengikut keperluan kerja) dan charger semua, tapi sekarang pergi keluar mana-mana, ibarat membawa sekeping buku latihan sekolah rendah.
2. Dengan bateri yang mampu bertahan selama 10 jam (charge dalam 1 jam sahaja untuk penuh), korang boleh online di mana-mana sahaja tanpa perlu membawa sebarang gadget lain. Korang boleh surf internet sambil dengar lagu, bermain Facebook, menonton movie atau Youtube dan kalau dah boring main internet, main game la apa lagi. Dengan beratus-ribu apps di App Store (tu belum Jailbreak lagi tu), memang akan rambang mata nak download yang mana satu. App Store ni memang kekuatan pada produk-produk Apple. Pendek kata, segala benda korang boleh buat dengan iPad2 ni.
3. Multitasking. Seperti yang Fauzan dah beritahu dalam point nombor 2 di atas tadi, sambil buat kerja, korang boleh buat segala perkara yang lain seperti dengar lagu dan sebagainya. Dan semua itu tidak akan mengganggu apa yang korang buat. Sama macam korang online menggunakan laptop.
4. Dual Core A5 Chip. Senang cerita dari segi performance, memang superb ya rabbi. Kebarangkalian untuk korang nengok iPad2 korang ni hang, boleh dikatakan ZERO dan takkan pernah terjadi melainkan korang pengguna yang terlalu.... (fill in the blank).. Hehe. Tapi pada Fauzan, tak jauh beza performance iPad2 dengan iPad yang lama.
5. Video dan Kamera. Perkara paling spoil bila guna iPad generasi sebelum ini adalah ketiadaan kamera. Jadi banyak apps berkaitan kamera yang kita sync dari iPhone 4 tak dapat digunakan di dalam iPad. So bila iPad2 dah ada kamera serta video, ini betul-betul sebab paling utama kenapa korang perlu membelinya. Kita memang takkan gunakan iPad yang besar gedabak ini untuk mengambil gambar. Tapi kadang-kala bila kena masanya, kamera di iPad dapat memainkan peranannya untuk mengambil gambar dan video. Tidak dilupa, dengan kamera membolehkan iPad2 mempunyai Facetime dan Photo Booth.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa anda tidak perlukan iPad 2 .



1. iPad 2 ni boleh dikatakan sekadar iPhone 4 versi besar. Apa yang ada dalam iPhone 4, semua ada dalam iPad 2 ni kecuali tak boleh call dan tak boleh nak sms. Tapi dalam iPad 2 ada kelebihan dia sebab ada Photo Booth dan skrin yang besar. Surf internet dari iPhone 4 atau apa sahaja phone, tak pernah memuaskan kerana skrin yang kecil dan terhad. Dan Photobooth itu, hurm.. buat pengguna Mac, Photo Booth bukanlah nama yang asing lagi.
2. Dengan harga yang agak mahal, kalau korang nak beli sebab nak main game sahaja rasanya baik fikir dua kali sebab baik korang beli PSP Go, PSP Phone ke atau PS3 sebab ini baru batul gadget untuk peminat game sejati.
3. Kalau korang beli iPad2 ni untuk nak ambil gambar yang cantik, maka tak perlu beli sebab kamera dia tak lawa pun. Kamera belakang tak jauh beza dengan kualiti yang ada pada kamera iPod Touch. Ingat, iPad2 ni adalah tablet dan bukannya handphone, Digital Camera atau DSLR. Tapi untuk rakaman video, memang cantik sebab ianya dirakaman dalam format HD. Tidak jauh beza dengan kualiti video yang dirakam menggunakan iPhone 4.
4. Korang akan cepat boring dengan iPad2 ni kalau korang tak memakai produk Apple yang lain. Kebanyakkan mereka yang tidak menyukai produk Apple, kerana mereka tidak mempunyai semua produk Apple yang lain terutamanya produk utama mereka seperti Macbook/iMac dan juga iPhone 4. Jika ada semua, mereka akan tahu betapa gadget-gadget dari Apple ni akan memudahkan hidup korang. Ini kerana setiap gadget ini mampu berinteraksi antara satu sama lain. Susah Khai nak cerita, tapi Fauzan dah dapat rasakan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
5. Kalau dah ada iPad, sila fikir dua kali untuk beli iPad2. Kerana seperti yang Fauzan dah ceritakan tadi, kalau korang tak kisah dengan kamera yang ada pada iPad2 atau tahap ketebalan iPad korang tu bukan satu masalah yang besar bagi korang, beli iPad2 adalah satu pembaziran. Ingat, nak beli apa-apa jangan ikut trend. Tapi ikutlah keperluan dan paling penting, tepuk wallet, tanya isi kat dalam dia. Membazir ni amalan Syaitan tau? hehe.
6. iPad2 adalah TABLET dan bukannya Notebook/Netbook. Jadi ingat, kalau korang nak beli iPad2 sampai nak bergadai notebook korang, tolonglah jangan berbuat begitu. iPad dan iPad2 ni function dia simple je dan dikeluarkan untuk pengguna yang suka online di tempat awam dan tak suka leceh-leceh. Bila online di luar, maksudnya korang sekadar nak check email, surf internet, dengar lagu, main game dan pelbagai lagi perkara yang ringan. Jadi kalau nak buat kerja guna Microsoft Word atau perlu menggunakan Adobe Photoshop dan sebagainya, korang tetap perlu menggunakan PC atau Notebook.
7. Tiada Flash. Macam biasalah sama juga seperti iPhone dan iPad generasi pertama, Apple tetap tidak menggunapakai Adobe Flash di dalam produknya. Tiada masalah untuk menonton Youtube kerana terdapat app Youtube tersedia di dalam iPad. Tapi memang masalah yang besar kalau nak nengok video dari Facebook. Nak main game yang ada dalam Facebook pun tak boleh. Bagi Fauzan, apa yang dilakukan Apple ini ada sebab mereka yang tersendiri terutamanya ianya sebagai satu marketing strategy untuk melariskan penjualan apps mereka di App Store. Tapi ingat, bila korang dah ada iPad ni, korang tak rasa macam nak main game di Facebook lagi dah sebab segalanya boleh dilakukan melalui apps yang ada pada iPad itu sendiri.